Langkau ke kandungan
faizal.biz

Pautan harian: CFML, ColdFusion, Lucee, E-mel, CSS3 & MySQL — 19 Nov 2026

Mohd Faizal2 minit bacaanBeginner

Kongsi ke WhatsApp

Lapan pautan untuk 13–19 Nov 2026: dua tulisan Ben Nadel tentang CFML, siri passkey Adobe ColdFusion, satu PSA keselamatan JVM untuk Lucee, ringkasan dua insiden e-mel Microsoft, satu helah animasi scroll CSS, dan satu tulisan Percona tentang berat nod Galera.

CFML

  • TLS 1.2 Connection Failure Using CommandBox, Adobe ColdFusion, And CFHTTP — CommandBox yang jalankan Adobe ColdFusion 2025 gagal sambung ke API yang hanya terima TLS 1.2. Punca: RunWar set com.sun.net.ssl.enableECC=false (sslEccDisable default true), jadi cipher ECC dibuang dari seluruh JVM — CFHttp pun terkena, bukan hanya listener HTTPS. Ubatnya satu baris dalam server.json: "runwar": {"options": {"SSLECCDisable": false}}.
  • Normalizing Line-Endings, And Other Opinionated Pre-Processing, In ColdFusion — Normalkan line-ending kepada \n sahaja sebelum regex, sebab \r yang tertinggal boleh dimakan corak (?m). Dia pecahkan kerja kepada tiga lapis: polyfill field-grouping pada setiap request, scope normalizer di ingress router (mutasi lossy, jadi hanya laluan routed), dan text normalizer — dengan rekursi sebab form dan url kini boleh jadi campuran array dan string.

ColdFusion

Lucee

  • PSA: Java4Shell (CVE-2026-114938) — what it means for Lucee servers — Heap overflow dalam Base64 decoder HotSpot, hanya pada CPU x86-64 yang ada AVX-512 VBMI. Java 8 dan 11 tak terjejas; Lucee 6.1+/7 atas Java 21/24 dalam skop, dan semua Lucee 8 sebab wajib Java 21. Tiada patch Lucee — tukar JDK kepada build 17 Nov 2026 atau lebih baru, dan semak CPU dulu dengan grep avx512_vbmi /proc/cpuinfo.

E-mel

  • A rough week, but we survived — Dua insiden Microsoft dalam seminggu: 6–9 Nov Outlook.com tolak mel dengan 550 5.7.1 dari domain yang tiada rekod DMARC walaupun SPF dan DKIM lulus, sampai Microsoft rollback; kemudian 12–13 Nov webmail dan mel masuk terganggu, pemancar dapat ralat 451 dan 421. Pengajarannya: rekod DMARC perlu ada walaupun hantar sedikit mel, sebab syarat pihak penerima boleh berubah tanpa notis.

CSS3

  • Staggering Scroll-Driven Animations with animation-range-start — Cara ringkas untuk stagger: guna animation-range-start supaya setiap elemen mula pada progres scroll yang berbeza, bukan satu formula besar yang gabungkan semua elemen ke satu timeline. Easing setiap elemen kekal, dan sibling-index() boleh jana kelewatan tanpa tulis senarai panjang.

MySQL

← Semua tulisanAda soalan? Hubungi saya