Langkau ke kandungan
faizal.biz

Pautan harian: CFML, ColdFusion, Lucee, E-mel, CSS3 & MySQL — 5 Nov 2026

Mohd Faizal2 minit bacaanBeginner

Kongsi ke WhatsApp

Enam pautan untuk 1–4 Nov 2026: satu cerita teknikal CFML, satu CVE ColdFusion yang patut ditarik ke depan, satu bug Lucee yang buat request bertindih, satu perubahan Gmail yang akan putuskan "hantar sebagai" domain sendiri, satu eksperimen CSS dan satu keluaran Percona untuk MySQL 8.0 lepas EOL.

CFML

  • Why CFML Can't "Just" Compile Variable Scoping Into The Byte Code — Ben Nadel panggil fungsi yang sama empat kali, dan setiap kali value datang dari skop lain (undefined, variables, arguments, local). Sebab itu kompiler tak boleh paku skop masa kompil; cara dia: kod biar mudah dibaca, skop eksplisit hanya di laluan panas.

ColdFusion

Lucee

  • LDEV-5387 / PR #3502: Redundant GET requests in HTTPResource fallback — Selepas PR #3502 masuk, fallback GET dalam HTTPResource.getStatusCode() tutup response dan tak simpan dalam this.http, jadi fileRead() boleh jadi 1 HEAD + 2 GET dan fileReadBinary() sampai 2 HEAD + 3 GET. Ujian LDEV5387.cfc cuma semak kandungan, tak kira bilangan request — sebab itu ia terlepas.

E-mel

CSS3

  • Re-Implementing :nth-child() With Modern CSS — Temani Afif bina semula :nth-child() guna sibling-index() dalam style() dan if(), jadi nilai A dan B boleh datang dari custom property (if(style(sibling-index() = --B): red)) dan boleh ditukar masa jalan tanpa tulis semula selector.

MySQL

  • Percona XtraDB Cluster 8.0.46-39 has been released — Keluaran 3 Nov ini duduk bawah program sokongan MySQL 8.0 selepas EOL: pelanggan berbayar dapat binari melalui repo peribadi, komuniti kena bina dari sumber yang dilepas setiap kuartal. Percona tetap syor naik ke 8.4, tapi 8.0 masih dapat fix kritikal.

← Semua tulisanAda soalan? Hubungi saya