Langkau ke kandungan
faizal.biz

Pautan harian: CFML, Lucee, E-mel, CSS3 & MySQL — 28 Okt 2026

Mohd Faizal2 minit bacaanBeginner

Kongsi ke WhatsApp

Tujuh pautan dari 21–27 Okt 2026. Minggu ni senyap sikit di sebelah Adobe ColdFusion (Summit East baru bermula 29 Okt), jadi fokus jatuh pada Lucee, satu bug CFML kecil yang boleh buat kod lama crash, update keselamatan mailcow, dua artikel CSS, dan satu peringatan pasal backup MySQL yang tak pernah diuji restore.

CFML

  • Why is cffile.serverFileExt sometimes null, sometimes empty string? — upload fail yang tak ada extension: laluan biasa bagi cffile.serverFileExt = null, tapi clientFileExt dan kes makeUnique/forceUnique pula bagi string kosong. Kalau null support tak aktif, baca field tu terus meletup — dan itulah yang jadi pada kod lama dia. Team Lucee sahkan itu bug, bukan kelakuan legacy, dan dah difailkan.

Lucee

  • Lucee update if ain't broke don't fix it? — Windows Server 2019, Lucee 5.4.4.38, satu app kritikal jalan bertahun tanpa masalah, dan dia berat nak tekan butang update. Jawapan dalam thread tu jelas: sebab utama naik bukan feature baru, tapi keselamatan — Lucee 5.4 dah habis hayat 31 Dis 2025, jadi tiada tampalan lagi untuk versi yang dia pakai.
  • Benefits of 'Other - JDBC Driver' instead of MariaDB extension — extension MariaDB sebenarnya tak wajib: boleh pilih 'Other - JDBC Driver' dan isi bundleName/bundleVersion sendiri bagi setiap datasource. Untungnya, kau tak tersangkut dengan Connector/J lama bila extension ForgeBox ketinggalan — dia tertinggal sekitar 11 minggu, sedangkan 3.5.10 (11 Okt) bawa fix RCE CONJ-1342 dalam socketFactory. Downside: kena jaga versi driver sendiri. Team Lucee kata mereka akan naikkan ke 3.5.11.

E-mel

CSS3

  • What's !important #19: CSS Refraction Effects, Scroll State Queries, @custom-media, and More — Daniel Schwarz balik dari hiatus dengan edisi paling tebal: effect refraction pada background image tanpa JavaScript dan tanpa salinan gambar, komponen boleh ubah guna container style query + attr(), dan scroll-state() untuk tanya sama ada bekas tu boleh skrol, dah diskrol, tersangkut kat snap point atau lekat kat atas. Satu perkara penting: surat berita CSS-Tricks hidup balik selepas empat tahun, dan roundup ni berpindah ke newsletter mulai 10 Nov.
  • View Transitions: animate any DOM change with one call — bungkus apa-apa perubahan DOM dalam document.startViewTransition(), dan browser ambil snapshot lama, jalankan callback, snapshot baru, lepas tu animate antara dua — tak payah kira FLIP sendiri atau simpan dua salinan UI. Demo dia bento grid yang disusun semula, difilter dan ditukar ke senarai, dan kad yang membesar jadi panel. Perangkapnya: nama view-transition-name mesti unik antara elemen yang dirender, kalau tak transition tu dibatalkan.

MySQL

  • A Backup Isn't a Recovery Plan: Building a Docker-Based MySQL Restore Verifier — fail dump wujud dan checksum SHA-256 sama cuma bukti bytes tu tak rosak masa pindah, bukan bukti database boleh dipulihkan. Dia tunjuk cara dia uji betul-betul masa nak buang satu platform Laravel: import dump ke MySQL dalam Docker (Windows + Ubuntu WSL), semak jadual yang sepatutnya ada, semak rekod penting boleh dibaca dan relationship utuh, semua sebelum server asal dipadam.

← Semua tulisanAda soalan? Hubungi saya