Langkau ke kandungan
faizal.biz

Pautan harian: CFML, ColdFusion, Lucee, E-mel, CSS3 & MySQL — 29 Nov 2026

Mohd Faizal2 minit bacaanBeginner

Kongsi ke WhatsApp

Enam pautan untuk 22–29 Nov 2026: satu slash yang hilang sampai bot menyapu seluruh blog, corak URL dev yang lebih kemas untuk ColdFusion, bug cfmail yang buat mail dihantar dalam thread request, tampalan Dovecot dari Oracle, cara selamat guna light-dark() dan CSPU MySQL bulan ini.

CFML

  • A Missing Slash Let a Bot Fetch Every Page in Every Theme — Satu slash yang hilang pada application.baseUrl buat pautan menu tema jadi relatif (?theme=Cobalt), jadi setiap halaman × setiap tema jadi alamat baharu — bot sapu semuanya, 566 request dalam satu minit, dan DB mula tolak sambungan. Ubat dia tiga lapis: slash di depan pautan + rel="nofollow", Apache sekat ?theme= selain halaman utama (guna THE_REQUEST, bukan REQUEST_URI sebab rewrite), dan Application.cfc 301 buang parameter sebelum sentuh DB.

ColdFusion

  • Using A "dev.{base}.test" URL Pattern For Local Development — Ben Nadel tinggalkan localhost dan .local, tukar ke dev.{base}.test: prefix dev. senang nampak dalam sejarah browser, dan TLD .test (RFC 2606) asingkan domain dev dari production supaya kuki, LocalStorage dan HSTS tak bercampur. CommandBox server.json redirect mana-mana Host lain ke host dev, dan nama tu kena daftar dalam fail hosts sistem supaya resolve ke 127.0.0.1.

Lucee

  • CFMail listener is never called — Dalam Lucee 7.1.2.189-RC dengan mail extension 1.1.0.24, <cfmail async="true"> yang ada listener tak boleh disimpan ke spool sebab kelas listener tak Serializable — jadi mail dihantar dalam thread request (30 saat kalau SMTP tak jawab), tiada retry, dan after tak pernah dipanggil. Workaround sementara: bungkus cfmail dalam thread; pasukan Lucee kata akan siasat.

E-mel

  • Oracle Linux 9 Dovecot update (ELSA-2026-98477) — Oracle tampal tujuh CVE dalam Dovecot 2.3.16-21 untuk OL9: data mesej yang diparse boleh habiskan memori (CVE-2026-27852), arahan IMAP ID sebelum login buat memori membesar (CVE-2026-42391), use-after-free dalam pigeonhole editheader (CVE-2026-42007), dan ManageSieve boleh di-DoS dengan satu CR tunggal (CVE-2026-33605). Kalau Dovecot datang dari repo Oracle/RHEL 9, update ikut saluran tu.

CSS3

  • Using light-dark() without getting caught out — light-dark() jimat kod berbanding prefers-color-scheme, tapi browser yang tak sokong terus abaikan declaration tu — tanpa fallback, warna jadi hitam atas putih atau putih atas kelabu gelap. Geoff Graham ikut cara Martin Underhill: letak nilai fallback dulu baru light-dark(), dan abstrak dua token (--light-dark, --dark-light) supaya tak perlu tulis dua warna untuk setiap properti.

MySQL

  • Oracle's November 2026 CSPU and Percona for MySQL — CSPU 17 Nov bawa 10 patch MySQL, dan tiga boleh dieksploit tanpa akaun: MySQL Shell Python (CVE-2026-115557, 9.8), client programs (CVE-2026-114952, 9.1) dan curl dalam packaging (CVE-2026-92392, 8.1). Kod 8.4 dan 9.7 keluar 24 Nov; Percona dah merge dan akan hantar dalam PSU/PXC 8.4.13-13 dan 9.7.4-4 — untuk curl, update ikut OS sebab pakej Percona guna curl sistem.

← Semua tulisanAda soalan? Hubungi saya