Langkau ke kandungan
faizal.biz

Pautan harian: CFML, ColdFusion, Lucee, E-mel, CSS3 & MySQL — 20 Nov 2026

Mohd Faizal2 minit bacaanBeginner

Kongsi ke WhatsApp

Semalam hangat dengan cerita Java4Shell; hari ini ada panduan rasmi cara tukar JDK di ColdFusion, satu perangkap ORM yang gagal tanpa ralat, dan beberapa catatan CSS, e-mel dan MySQL yang elok disimpan. Tujuh pautan, semua terbit 13–19 Nov 2026.

CFML

  • Why My Checkboxes Never Saved: flushAtRequestEnd and an entitySave Outside the Transaction — Gregory Alexander (18 Nov). Kalau app set this.ormSettings.flushAtRequestEnd = false, mana-mana entitySave() di luar cftransaction tak akan sampai ke database — tiada ralat, muka surat cakap berjaya, DB tak dengar apa-apa. Ubatnya ormFlush() selepas save, atau bungkus dalam transaction.
  • AI Spam Detection With Pangram, HTMX 4, And ColdFusion — Ben Nadel (17 Nov). Guna API Pangram untuk kesan teks AI dalam komen, tapi sebab API dia async (dapat Task ID, kena poll) dia pakai corak "Load Polling" HTMX 4 — server balas elemen hx-trigger="load" sampai selesai. Pada $0.05/100 patah perkataan, dia panggil on-demand masa moderasi, bukan setiap komen.

ColdFusion

  • How to upgrade JDK version in ColdFusion Server — Adobe, AbhishekJha (19 Nov). Dua jalan: ColdFusion Administrator > Server Settings > Java and JVM, atau tukar nilai home dalam jvm.config di /cfusion/bin. Jangan lupa Add-On Services (edit lax.nl.current.vm dalam jetty.lax) dan PMT; sijil SSL dalam JDK lama kena masukkan semula ke cacerts baru.

Lucee

  • The Lucee skill is now smaller and split by topic — dev.lucee.org (13 Nov). Skill Lucee dulu satu indeks besar ~13k token yang dimuat setiap soalan; sekarang ia router ~1k token dengan 13 fail topik, jadi soalan biasa guna 1.5–3k token sahaja. URL skill lama tetap sama, tak perlu tukar apa-apa.

E-mel

  • Ask Al: What is DMARC, and why should you care? — Al Iverson, SpamResource (19 Nov). Balik ke asas: apa DMARC sebenarnya buat, apa yang ia tak lindungi, dan di mana perlaksanaan di pihak mailbox provider masih belum ikut spesifikasi terbaru. Berguna kalau ada klien yang masih tak faham kenapa domain kecil pun perlu rekod DMARC.

CSS3

  • scroll-state() — John Rhea, CSS-Tricks (19 Nov). Query scroll-state() benarkan CSS bertukar ikut keadaan scroll: scrollable (boleh skrol ke arah mana), scrolled (sudah skrol), dan stuck (elemen melekat). Contoh klasik: butang "Back to Top" yang timbul bila skrol ke bawah.

MySQL

  • Why MySQL OR is slower than IN — Jinyou Ma, Percona (19 Nov). MySQL simpan senarai OR sebagai Item_cond_or dan semak satu-satu (O(N) setiap baris), sementara IN guna binary search (O(log N)). Satu query 1 juta baris dengan 10,000 nilai OR ambil lebih 67,000 saat; tukar ke IN dan masa jatuh mendadak.

← Semua tulisanAda soalan? Hubungi saya